REFLEKSI PELAJAR

 NAMA: MUHAMMAD HAZIQ FAHIM BIN RULHAIZAL

 NO ID: IDI24-02-027

 KELAS: DEC 2E

                       Assalamualaikum dan selamat sejahtera, hari ini saya ingin memberikan pandangan saya mengenai projek yang telah diberikan kepada saya dalam subjek KQK ini. Saya dapati projek atau tugasan yang diberikan kepada saya memberi banyak manfaat serta kebaikkan kepada diri saya. Tugasan pertama ialah membuat poster berkenaan tajuk ''Senaman Aerobik". Saya telah membuat beberapa kajian dan mencari maklumat daripada internet untuk mengumpul maklumat yang berkaitan dengan tajuk tersebut untuk diletakkan di dalam poster tersebut. Selain itu saya juga telah ditugaskan untuk membuat paparan slides bertajuk Borderline Personality Disorder atau (BPO). Saya juga telah sekali lagi melayari internet dan belajar kerana ia merupakan sesuatu yang baru untuk saya pelajari. Selepas saya selesai mencari maklumat saya pun memasukkan semua maklumat tersebut ke dalam paparan slides. Hasilnya, saya dapat berkongsi ilmu baharu dengan kawan-kawan saya dan menyebarkan kesedaran tentang BPO.

                 Selain itu, saya juga telah ditugaskan untuk membuat video senaman aerodance. Pada saya, tugasan ini ialah tugasan paling menarik sepanjang saya berada di dalam kelas KQK ini. Saya bersama Abid, Afif, Airiel, Ziad, Adam dan  Danish membentuk satu kumpulan yang diberi nama Megamall. Kami telah bersama-sama mencari lagu yang sesuai untuk digunakan serta berlatih bagi memantapkan lagi gerak-geri kami. Saya berasa seronok melakukan aktiviti tersebut. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang sedia memberikan kerjasama demi menyiapkan tugasan ini. Banyak kenangan dan gelak tawa kami yang pasti saya tidak akan lupakan. Walaupun ada sedikit kekurangan tapi saya masih berpuas hati dengan usaha kami semua.

               Saya juga ingin memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan yang datang dari diri saya. Saya akan memastikan diri saya menjadi lebih baik pada masa yang akan datang.. Akhir kata saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah saya iaitu Encik Mazlan Abdul Ghani, rakan-rakan dan kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Comments

Popular posts from this blog